FAQ

1.0 SIAPA TERLIBAT?

1.1 Siapakah sebenarnya yang terlibat dalam Tone Plus ni? Boleh percaya ke? Sejauhmana boleh pergi menda ni..?

Tone Plus dipelopori dan diterajui syarikat besar yang kukuh seperti Celcom dan Tune Group. Malah program yang dikendalikan oleh Tone Plus ini diiktiraf oleh Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM). Soal kebolehpercayaan mungkin relevan kalau ditanyakan kepada syarikat kecil yang baru ditubuhkan seperti ABC yang pemilikannya diragui. Tapi kalau syarikat yang sebesar ini, tepuk dada tanya akal.. Kalau nak bagi contoh jentolak lawan beca.. Mana jatuh dulu.. Ringkasan siapa dan peranannya adalah seperti di jadual dibawah:
 *smarttoneplus.com merupakan laman website group yang turut sama menjayakan Program Tone Plus yang diwujudkan wakil pengedar bagi tujuan promosi sahaja.

2.0 Smart TonePlus

2.1 Siapakah smarttoneplus.com?

smarttoneplus.com merupakan website group yang menjalankan program Tone Plus yang diwujudkan semata-mata untuk tujuan promosi. Admin web ini merupakan pengedar Tone Plus berstatus Premium Service Centre (PSC). Mereka bertanggungjawab dalam mengedarkan simkad serta membangunkan leader-leader dalam program ini.

2.2 Saya tak tahu komputer, boleh ker saya join Tone Plus?

Bisnes ini tidak perlu pengetahuan komputer atau internet, asalkan tahu guna handphone dan tahu buat SMS, sudah cukup. Rujuk ruangan TERMA DAN SYARAT untuk mengetahui lebih lanjut strategi marketing yang sesuai dan boleh anda gunakan.
Tapi, sekiranya anda mempunyai kemahiran komputer (online), itu merupakan satu bonus untuk anda. Kami di smarttoneplus.com ada sistem khusus untuk anda, Sila rujuk bahagian "PENDAPATAN".

2.3 Saya nak join.. Macam mana ye..?

Boleh.. Just hubungi Group Leader Ini 011 3503 1553 atau klik ini , http://tunetalk.smarttoneplus.com .Harga boleh rujuk di bahagian PRODUK & PENDAPATAN.
Cuma istimewanya di group smarttoneplus anda diberikan satu sistem yang dipanggil SmartSystem, sistem ini akan memudahkan anda membuat promosi secara online.. Caranya sangat mudah.. Daftar.. Bayar.. Terima simkad.. Guna.. Promosi Link Peribadi masing2.. Setiap ahli baru yang menyertai melalui link anda, akan disusun secara automatik dibawah network anda.. Anda juga akan menikmati bonus affiliate yang lumayan setiap kali anda menaja..

2.4 Saya dah join program Tone Plus ini, boleh ke kalau downline saya beli simkad dari orang lain atau dari agen penjual simkad ditempat lain?

Boleh, tapi pastikan mereka mendaftar dibawah TPA anda, jika tidak anda tak dapat apa-apa. Seeloknya anda minta mereka upgrade melalui www.smarttoneplus.com melalui link anda, kami akan uruskan semuanya untuk anda, sehinggalah simkad sampai ke tangan downline anda. Mereka juga akan didaftarkan dibawah TPA anda. Anda juga boleh simpan sedikit stok simkad sekiranya downline anda perlukan simkad segera.

2.5 Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?

Boleh dapatkan melalui ADMIN menerusi website group ini. Atau rujuk kepada mana-mana Sahabat SmartGroup yang berhampiran dengan anda.

2.6 Katakan saya sponsor orang lain, adakah dia juga dapat website percuma?

YA.. Sekiranya dia juga menjadi ahli mendaftar secara online di smarttoneplus.com melalui link referral anda.


3.0 SmartSystem

3.1 Apa benda SmartSystem ni..? Apa beza dengan Reverse 2up..? Apa yang bestnyer..?

SmartSystem ialah sistem yang kami bina untuk anda buat promosi.. Ia adalah sistem yang berbeza dengan pelan pendapatan Reverse 2up.. SmartSystem bertindak sebagai sistem sokongan untuk boostkan Reserve 2up anda sehingga 100% dengan laju dan mudah..
Sistem ini akan susun setiap ahli baru dibawah anda secara automatik..  Melalui sistem ini anda akan diberikan satu website replika atas nama anda dan link untuk tujuan promosi.. Lebihan ahli baru yang mendaftar dengan anda akan disusun secara automatik dibawah downline anda.. maksudnya anda bantu downline dan downline anda turut bantu anda untuk kembangkan lagi rangkaian anda.. makin besar rangkaian anda.. makin besar pendapatan anda..
Sistem ini juga akan membuat follow up secara automatik prospek anda melalui emel dan sms. Anda tak perlu susah-susah call mereka lagi.
Rujuk video di ruangan PENDAPATAN untuk lagi jelas..


4.0 PRODUK

4.1 Produk ni berapa harganya ya..?

Simkad ini berharga RM90 untuk pengguna baru.. Belian kedua dan seterusnya dengan harga RM70.. 

4.2 Macam-macam nama ada yang berkaitan dengan Tune Talk ni.. Tone Excel.. Tone Plus.. Apa beza semua tu?

Bezanya seperti dibawah tuan.. Semua ni kalau pergi kedai nak beli topup, beli topup Tune Talk..

4.3 Macam mana konsep perniagaan Tone Plus Referral Program ini?

Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD Tone Plus (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen 13%. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyennyer.


5.0 KADAR

5.1 Ada orang cakap kadar Tone Plus ni mahal.. Tak berbaloi lah pakai.. Ye ke?

Kadar pelan telco yang anda pakai sekarang ni berapa seminit ye.. Pernah check tak.. Mungkin lagi mahal dari Tone Plus.. Jadual dibawah kami bandingkan telco lain diluar sana dan Tone Plus.. Mungkin bukan berada ditangga teratas.. Tapi pelan pendapatan yang disertakan dengan Tone Plus sangat berbaloi.. Anda dan keluarga mampu untuk pakai talian secara PERCUMA sehingga beberapa tahun dengan pendapatan tersebut, dan manfaat tambahan lain.. Agak-agak mana lagi berbaloi.




6.0 KEAHLIAN

6.1 Kalau orang tue kena BLACKLIST dengan syarikat telekomunikasi boleh join program ini?

Ya, boleh... No hal.. Tapi syarat dari SKMM tetapkan seorang individu hanya boleh ada 10 line sahaja atas nama dia..

6.2 Boleh ker kalau jadi ahli program tapi akaun banknya adalah atas nama orang lain?

Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah ahli program perlu mengisi borang memberikan kebenaran kepada syarikat penganjur Tone Plus Sdn Bhd untuk memasukkan jumlah komisyen tersebut kepada akaun yang dinamakan.
Borang tersebut boleh di download di http://www.toneplus.my:8080/toneplus/downloads.php
Sila download borang 3rd Party Bank Account tersebut, isikan dan fax ke 03-9057 5906.

6.3 Kalau saya tidak dapat rujuk orang, saya terkeluar dari program ker?

Tidak, kalau nombor anda sentiasa aktif

6.4 Camana nak tahu kita terkeluar daripada program?

Cara paling mudah untuk mengetahuai samada keahlian kita tamat atau tidak adalah melihat samada Simkad anda masih aktif atau tidak. Jika anda telah Top Up RM5 pun ke dalam Simkad dan ia masih tidak aktif lagi bermakna Simkad telah tamat tempoh maka keahlian Tone Plus anda juga tamat.
Untuk pengetahuan, Simkad Tone Plus memberikan tempoh 45 hari untuk Top Up selepas tamat tempoh Top Up anda. Selepas 45 hari, Sim Kad tidak boleh digunakan lagi.
Tiada rayuan dibenarkan. Anda perlu buka akaun baru semula jika ingin terus bersama program ini.

6.5 Camana nak memperbaharui keahlian yang tamat?

Anda perlu beli Simkad baru dan daftar semula.

6.6 Bolehkah saya buka banyak akaun ahli atas nama sama?

Boleh. Tetapi penaja mestilah penaja yang sama. Anda dibenarkan mendaftar 7 akaun ahli dengan menggunakan Simkad dan nombor Tune Talk berbeza.

6.7 Kalau foreigner yang tinggal di Malaysia, boleh ker join program ini?

Boleh, no hal..  gunakan nombor passport diorang, dan lagi mudah diorang dah ada bank account di Malaysia. Selalunya mesti ada punyer.

6.8 Bolehkah mereka yang tinggal di Brunei, Singapura dan Indonesia menyertai program ini?

Memang ramai penduduk negara tersebut yang bertanyakan perkara ini kepada ADMIN. Walaubagaimanapun, program ini tidak terdapat di negara-negara tersebut lagi.
Walaupun penduduk negara tersebut boleh menyertai program ini tetapi beberapa perkara pokok perlu diatasi.
Pertama, Simkad boleh digunakan dengan cara roaming apabila digunakan di luar negara. Maka, kadar call adalah kadar roaming dinegara terbabit.
Kedua, tempat Top Up tiada di Negara-negara terbabit. Bagi penduduk di Singapura, ia boleh Top Up di Johor Bharu, Bagi Brunei pula adalah di Limbang.
Ketiga, akaun bank mesti bank Malaysia. Jika mereka ada akaun bank Malaysia, maka tiada masalah pembayaran komisyen.
Tiada halangan untuk menyertai program ini jika ketiga-tiga perkara diatas boleh diatasi.

6.9 Saya dah join OneXOX, jadi dalam program ni, boieh tak saya nak kekal- kan no lama saya?

Boleh semua boleh, Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade.

6.10 Saya telah menggunakan simkad Tune Talk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin menyertai program ini dan kekalkan no lama?

Tak de masalah, boleh tapi anda kena dapatkan simkad Tune Talk/Tone Plus yang berharga RM90 ini terlebih dahulu lah.

6.11 Dulu saya dah join toneplus ni masa mula2 keluar dulu, dah lama tak topup, simkad pun dah expired dah, tapi saya dulu ada sponsor ramai orang, boleh ke saya aktifkan simkad semula dan dapat baik ID lama saya?

Hohohoho TIDAK BOLEH, jika anda ingin sertai semula program ini, beli simkad baru yang berharga RM90 dan sertai semula dengan ID yang baru. Orang yang anda sponsor dulu hilang lerrr. Pastikan nombor anda sentiasa aktif.

6.12 Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?

Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda www.toneplus.com.my dan klik tengok di Geneology.


7.0 KOMISYEN DAN BONUS $$$

7.1 Saya check di website Tone Plus dan ada komisyen berjumlah RM25.. Tapi kenapa komisyen tu tak masuk-masuk akaun saya ye?

Tone Plus akan bayar komisyen minimum RM30 untuk satu transaksi.. Jangan risau, komisyen anda tetap ada, bila dah cecah RM30 atau lebih nanti cuba check akaun selepas 25hb..

7.2 Bonus Tahun Baru kira camana yer dan bila dia bayar?

Bonus Tahun Baru dikira setiap bulan berdasarkan pendapatan anda pada bulan tersebut. Ia akan disimpan dan hanya dibayar sekali sahaja setiap tahun pada bulan 25 Januari tahun beriikutnya..

7.3 Untuk topup minimum RM30 tu perlu sekaligus ke..?

Tak perlu.. Sikit-sikit pun boleh.. Janji jumlah terkumpul untuk bulan tu cukup RM30.. Tapi ingat.. Sekiranya jumlah topup anda antara RM30-RM49.. Anda perlu bayar RM1 untuk insurans.. Kalau jumlah topup RM50 dan keatas.. Insurans percuma.. Untuk bayar taip PA dan hantar ke 2222.. Hantar sekali je.. Untuk bulan seterusnya auto-renewal..

7.4 Apa jadi kalau saya tidak Top Up minima RM30?

Anda tidak dapat komisyen pada bulan itu sahaja dan komisyen ini tidak dikembalikan. Jika bulan berikut anda Top Up RM30, maka anda layak semula dapat komisyen bulan berikut.

7.5 Kalau ahli Pengguna (downline) Top Up kurang dari RM30. Adakah saya akan menerima komisyen 13% daripadanya?

Ya. Jika anda sendiri layak setelah Top Up RM30 sebulan dan telah menaja 4 pengguna baru, anda akan menerima komisyen 13% walau berapa pun jumlah Top Up pengguna anda.

7.6 Camana  cara maintain Top Up RM30 bulanan ini dikira?

Top Up RM30 anda dikira mengikut tarikh kalendar tahunan. Ini bermakna ia bermula pada 1 haribulan sehingga tarikh akhir bulan tersebut samada 28, 30 atau 31 haribulan.

7.7 Saya telah buat Top Up tapi kenapa rekod di laman web ahli tidak update dan tidak tunjuk rekod Top Up tersebut?

Kemaskini rekod Top Up di laman web ahli berlaku setelah 4-5 hari iaitu setelah pihak Tone Plus menerima rekod Top Up tersebut dari pihak Tune Talk. Jika anda telah Top Up pada hari terakhir hujung bulan dan agak risau tentang komisyen anda, sila talipon Ibupejabat setelah 4-5 hari anda melakukan Top Up tersebut.

7.8 Ada tak kes tak dapat komisyen?

Ada. Pertamanya, semak kelayakan anda dulu. Adakah anda layak? Perhatikan juga tarikh pembayaran yang sepatutnya
Keduanya, perhatikan akaun bank anda, syarikat menggunakan akaun bank Ambank. Jika anda juga Ambank maka komisyen akan masuk hari yang sama (25hb). Jika selain akaun Ambank, maka kemasukan 1-2 hari lewat.
Ketiga, paling penting sila lihat maklumat bank anda. Adakah ia betul?

7.9 Apa laman web rasmi syarikat nak tengok kedudukan kumpulan dan komisyen?

Laman web rasmi ahli adalah di www.toneplus.my. Setelah anda secara rasmi menjadi ahli program maka anda akan mempunyai satu akaun peribadi disini. Sila Login untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen anda. Sila edit sebarang perubahan maklumat yang ingin dilakukan.
Setelah menjadi ahli rasmi program, anda akan dibekalkan dengan username iaitu No IC/passportanda dan password iaitu 1234 yang boleh diubah semula oleh anda.
Anda boleh mendaftarkan ahli pengguna baru di laman web rasmi ini.

7.10 Kalau saya terlupa password untuk masuk ke laman web rasmi syarikat untuk melihat komisyen?

Anda perlu membuat panggilan secara terus ke Ibu Pejabat dan bekalkan maklumat peribadi kepada mereka. Ibu Pejabat akan setting semula password untuk anda.


8.0 REVERSE 2-UP

8.1 Reverse 2up ni macam mana? Tak faham lah hantar-hantar downline tu..

Reverse 2up ni mudah.. Rujuk video dalam ruangan PENDAPATAN..

8.2 Saya baru ada 3 downline.. ABC.. Tiba-tiba A dah cukup 4 orang sebelum saya.. Apa jadi ye..?

Kalau ikut betulnya A akan bagi anda 2 orang.. Tapi dah anda tak cukup lagi kuota 4 orang downline, maka yang 2 orang tu A akan bagi pada upline anda.. ABC akan kekal bawah anda dan anda dapat komisyen drpd mereka 3%.. Dah cukup 4 nanti baru anda dapat 13% atas topup ABCD.. Dan 2 drpd mereka akan dihantar pada upline anda secara rawak.. TAK BOLEH PILIH-PILIH YE.. Semua sistem buat..

8.3 Lepas saya dapat 4 pengguna baru, adakah saya boleh menambah bilangan pengguna baru?

Ya. Anda boleh menambah dengan menaja terus seberapa ramai pengguna baru tanpa had setelah anda mendapatkan 4 pengguna yang pertama dan 2 orang telah dihantar kepada PENAJA anda.
Pengguna ke-5 dan seterusnya yang anda taja tidak akan di hantar kepada penaja anda lagi. Penghantaran 2 Pengguna kepada penaja hanya berlaku sekali sahaja sewaktu anda mendapat 4 Pengguna pertama.


9.0 TEKNIKAL

9.1 Bagaimana dengan coverage Tune Talk?

Tune Talk menggunakan infrastruktur Celcom. Jika coverage Celcom di kawasan anda bagus maka Tune Talk pun sama juga.

9.2 Saya baru sertai TonePlus ini, macamana nak check baki dengan simkad Tune Talk ni yer?

Untuk top up adalah *122*# dan Call
Untuk check baki *133# dan call
Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3
Untuk check baki data: *134#


10.0 TOP-UP

10.1 Kenapa saya menggunakan maybank2u, tetapi topup dia tak masuk pun ke dalam handphone saya?


Jika anda topup menggunakan maybank2u, pastikan anda menggunakan topup with pin number, JANGAN gunakan instant topup, kerana instant topup sudah banyak kes dan complain kredit tak masuk. Kes seumpama ini bukan hanya terjadi pada topup Tune Talk, tetapi maxis, digi, celcom pun ada masalah dengan instant topup ini. Kalau topup dengan pin number, setakat ini 100% tiada masalah.


10.2 Topup Tune Talk toneplus nie berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan yer?

RM 5 – 5 hari, RM 10-11 hari, RM 30- 50 hari, RM 50 - 75 hari.


11.0 KEKAL NOMBOR LAMA (PORT-IN)

11.1 Saya nak kekalkan no lama saya, tapi saya lupa no lama saya didaftarkan atas nama siapa?

Ooo... boleh semak melalui SMS
1. Pengguna CELCOM : Taip = BDAY STATUS hantar ke 28882
2. Pengguna DIGI : Taip = CHECKID 800719036028 hantar ke 2000
3. Pengguna MAXIS : Taip = 800719036028 hantar ke 22011
4. Pengguna U-Mobile : Taip = VERIFY 800713036028 hantar ke 28011
Pastikan NAMA & IC anda BETUL sebelum port-in bagi mengelak rejection. Jika maklumat tidak tepat, sila ke service center telco lama anda untuk perbetulkan kesilapan maklumat yer.


11.2 Saya nak kekalkan no lama, tapi no lama tu line/postpaid, kalau boleh perlu ke saya terminate line tu dulu?

Boleh, asalkan no itu register menggunakan IC anda sendiri. Tapi kalau dia sudah berjaya dipindahkan, ia akan jadi prepaid, sebab Tone Plus tiada postpaid/line. No menjadi no lama, tapi ia prepaid. Ingat, untuk kekalkan no lama, anda JANGAN TERMINATE line itu dahulu, nanti langsung tak boleh nak kekalkan no lama. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah bayar bil2 tertunggak dulu.

11.3 Saya pengguna Tune Talk biasa, kalau saya nak join dan nak kekal no lama, macamana yer?

kalau anda kekalkan no Tune Talk biasa ke Tune Talk/Tone Plus, point dan juga balance kredit akan berpindah sekali dan kekal.

11.4 Saya nak kekalkan no lama, tapi no ini adalah no supplimentari (nombor tambahan) family saya, boleh ke?

Tidak boleh. No suplimentari tidak boleh dipindahkan. Pergi ke center telco lama, dan ubah dahulu jadi line utama.

11.5 Saya dah berjaya buat proses port in utk kekalkan no lama, tapi handphone saya boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out?


Itu disebabkan masalah setting pada handphone anda sahaja. Bukan masalah simkad.


11.6 Kalau nak tukar nak tukar no lain, tak cantik laaa yang nie?


Boleh, kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarkan.

Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:

1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian "MY NUMBERS" dan pilih "CHANGE NUMBER" untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, tunetalk akan charge RM5 kepada kita.

11.7 Saya nak kekalkan no lama, dah masuk seminggu tak berubah pun, susah la saya macam ni, orang nak hubungi saya pun susah, mereka bukan tahu nombor baru saya, mereka tahu nombor lama saje?

Don't worry tuan.. Simkad lama tuan masih boleh digunapakai selagi mana no tidak berubah.. Proses ambil masa antara 48jam hingga 7 hari.. So kalau tuan ambil simkad dengan kami simkad tersebut telah diaktifkan.. Jadi simpan je dulu sehingga simkad lama dah tak leh guna.. Sebelum tu transfer phonebook tuan dulu ke mana-mana.. Cadangan saya sync dengan google.. So nak bukak kat mana-mana pon boleh.. Selepas simkad lama dah tak leh guna baru masukkan simkad baru.. Guna macam biasa.. Sementara menunggu tu simkad baru boleh juga digunakan sebab simkad tu disertakan dengan no sementara.. Kalau ada 2 handphone lah atau handphone dualsim..

11.8 Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?

Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama, jika di maxis anda pakai IC lain, dan di Tune Talk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa pendaftar. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.


12.0 SETTING

12.1 Bagaimana nak setting GPRS?


Taipkan SET dan hantar ke 20999 kemudian ikut arahan yang diberikan.

12.2 Saya dah join Tune Talk/Tone Plus nie, saya dah buat port in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh nak call keluar, macamana nak settle yer?

Kalau anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam handphone anda.
Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada Tune  Talk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNE TALK atau CELCOM.
Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan incoming call.
Kalau tak ok jugak, call HQ terus


13.0 MIX

13.1 Bagaimana & kat mana saya nak dapat memohon bantuan pasal program sekiranya saya ada masalah?

Anda boleh ajukan disini.. https://www.facebook.com/groups/mytoneplusbiz Ini adalah supportgroup fb.. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun fb.. Boleh terus hubungi 011 3503 1553. 

13.2 Macamana cara nak tebus point kepada tiket Air Asia ni atau nak tebus kepada airtime?


1. Tiket Air Asia Emelkan Nama Penuh, No.K/p, Tarikh lahir, No Passport, Warga Negara, No. Hp Tune Talk, No Siri No SimKad, No HP Lain, Destinasi Yang Hendah Dituju, Tarikh Penerbangan, masa Penerbangan dan alamat Emel Anda. Sila emelkan kepada customer.care@tunetalk.com tel no : 010-5001333 Tunetalk service.
2. Boleh Dapat 200 minit panggilan percuma hanya dalam Malaysia (kena ada 2000 point) hanya taip sms : 2000 dan hantar ke 1313
3. Memanjangkan tempoh masa tamat panggilan dan sms (contoh topup RM10 selama seminggu boleh dipanjangkan) sila hubungi Tune Talk service 010-5001333


13.3 Insuran RM100,000 PERCUMA, boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance kemalangan tue?


Tengok kat sini yer.
http://www.tunetalk.com/my/services/insurance

http://www.tunetalk.com/my/services/insurancepolicy
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancefaq


13.4 Handphone saya hilang, ada simkad TonePlus dalam tue?

Dapatkan simkad ganti daripada stokis berhampiran...
Kemudian, sila berikan maklumat berikut...
1) TPA ahli, 2) IC Number, 3) Contact Number, 4) Lost Sim Serial Number, 5) Lost Sim Contact Number, 6) New Sim Serial Number, 7) New Sim PUK Number
*kalau lupa, boleh tengok no siri sim lama, klik MENU - MY PROFILE - ACCOUNT INFORMATION
Hanya Service Center (SC) & ke atas sahaja boleh buat pendaftaran.

13.5 Saya selalu ke oversea, rates cmana yer?

Onnn, tuan boleh rujuk laman web utama Tone Plus, www.toneplus.com.my/

13.6 Katanya jika saya meninggal dunia, komisyen topup bulanan yang saya dapat tu boleh diwariskan, tapi kat mana saya perlu letakkan nama pewaris tu?

Tengok dalam www.toneplus.com.my, ubah di EDIT BENEFICIARY tue

13.7 Telco lain ada berikan supplement nombor, maknanya dapat rate special untuk 10 rakan saya, Tone Plus ada ke macam itu?

Oooo buddies eh, belum ada lagi tuan

13.8 Saya baru menyertai biz tunetalk ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. Tunetalk ni tak support ke ebanking?


Tune Talk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan and pergi ke atm bank berkenaan, tukar no talipon ke no talipon yang lain, selepas itu masuk semula, dan tukar no talipon ke no talipon asal yang mana digunakan untuk receive TAC tersebut. Ini macam nak reset semula je

13.9 Saya tersalah letak downline saya semasa menggunakan CARA SMS, terbagi no TPA orang lain, apa perlu saya buat?

Tidak ada apa-apa yang boleh anda buat, ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dibetulkan. Jadi sebelum sms pastikan TPA adalah betul.