PANDUAN

Cara 1 : Pendaftaran Boleh Dilakukan Oleh PENAJA (UPLINE) Anda.
atau
Cara 2 : Pendaftaran Boleh Menggunakan Sistem SMS


CARA 1:


Pendaftaran Dilakukan Oleh PENAJA (UPLINE) Anda.

Anda perlu menghubungi PENAJA (UPLINE) anda dengan segera untuk meminta beliau mendaftarkan Sim Kad tersebut dibawah nama anda dan seterusnya mendaftarkan anda dalam Program Tone Plus.
Untuk pendaftaran ke dalam program, sila pastikan penaja anda mempunyai maklumat peribadi anda seperti berikut:

1. No Siri (S/N) Sim Kad (8 angka akhir)
2. No PUK Sim Kad (8 angka)
3. Nama Penuh
4. No Kad Pengenalan/Pasport/IC Tentera/IC Polis
5. Warganegara
6. Tarikh Lahir
7. Alamat Penuh
8. Nombor Akaun Bank *
9. Penama Akaun Bank *
10. Nama Bank *
(* Jika anda keberatan untuk memberikan maklumat No 8, 9 dan 10 diatas kepada Penaja, anda boleh memasukkannya sendiri dengan mengedit sendiri di dalam akaun ahli anda.)
Setelah PENAJA anda mendaftarkan anda ke dalam program seperti langkah-langkah tertera di bawah, sila minta maklumat berikut dari PENAJA anda:

1. Nombor Ahli Tone Plus Anda: Bermula dengan TPA XXXXXX
2. Nombor Talipon Tone Plus Anda
Setelah didaftarkan, anda boleh masuk (Login) ke akaun rasmi keahlian anda di laman web syarikat di alamat www.toneplus.com.my dengan cara menggunakan maklumat Login berikut:
1. Username Anda: No IC/Pasport/IC Tentera/IC Polis anda
2. Password Anda: 1234 (sementara, sila tukar kemudian)
Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Oleh PENAJA:
Bagi seseorang PENAJA (UPLINE), sila ikuti keterangan langkah-langkah dibawah untuk mendaftarkan keahlian pengguna baru anda.
Laman Web rasmi syarikat - www.toneplus.com.my
1.    Sila buka laman web rasmi syarikat Tone Plus seperti di atas atau klik disini dan sila login ke akaun peribadi anda dengan cara klik "USER LOGIN".


Sila isi Username : No IC/Pasport/IC Tentera/IC Polis Anda
Sila isi Password : 1234 (sementara jika belum ditukarkan)

Jika anda gagal untuk LOGIN masuk setelah beberapa cubaan, sila hubungi PENAJA anda untuk memastikan beliau telah mendaftarkan anda sebagai ahli.

Jika ada masalah untuk LOGIN masuk kerana terlupa password, sila klik ‘Lost your password?’ dan isikan maklumat diminta. Password baru akan dihantar ke talian talipon Tone Plus anda.

2.    Jika setelah beberapa cubaan berterusan, anda masih gagal masuk ke akaun anda, sila hubungi Ibu Pejabat Tone Plus untuk membantu anda. Nombor talian Ibu Pejabat Tone Plus adalah: 010-5000969 , 010-5333969 dan 010-7727587.
3.    Setelah berjaya masuk ke akaun ahli anda. Sila tukar password anda sebagai langkah keselamatan.



Enter Current Password : Masukkan password sementara 1234
Enter New Password : Masukkan password baru anda sendiri
Confirm New Password : Taipkan sekali lagi password baru anda tersebut.

Klik UPDATE
 
4.    Setelah berjaya masuk ke akaun ahli anda, paparan berikut akan kelihatan:

Contoh akaun ahli Tone Plus
 
5.    Untuk mendaftarkan ahli pengguna baru, sila klik icon ‘Registration’ seperti dalam bulatan merah di atas.
Paparan dibawah akan kelihatan:
6.    Seterusnya, sila isikan maklumat ahli pengguna baru anda seperti berikut:

Di ruangan ‘Member Information’:
* Type : Isikan dokumen samada MyCard (IC) atau Passport dan sebagainya.
 * ID: Isikan nombor MyCard atau passpot dan sebagainya.
Setelah isi nombor tersebut, anda boleh menekan kotak ‘Check’ untuk melihat samada ahli baru yang anda sedang daftarkan adalah ahli baru (new member) atau seorang ahli lama tetapi mendaftar akaun baru (new account)
* Salutation : Isikan gelaran Mr. Ms, Mrs dan sebagainya
* First Name: Isikan nama pertama pengguna baru.
* Last Name/Surname: Isikan nama kedua (nama keluarga atau nama ayah)
* Nationality: Isikan warganegara ahli baru tersebut.
* Race : Isikan bangsa.
* Sex: Isikan jantina.
* Date Of Birth: Isikan tarikh lahir ahli baru tersebut.
* Race : Isikan bangsa.
* Sex: Isikan jantina.
* Address: Isikan alamat ahli baru tersebut.
* Postcode : Isikan poskod alamat tersebut.
* Pekan : Isikan pekan poskod tersebut.
* Negeri: Isikan negeri pekan tersebut.
* Email: Isikan email ahli baru, Jika tiada, sila isikan email penaja. Ini bagi memudahkan ahli baru mendapat password ‘Self Care’ mereka.
7.    Seterusnya, sila isikan Maklumat Akaun (Account Information) pengguna baru anda seperti berikut:


Di ruangan ‘Mobile Service Information’:
* SIM Serial No. : Isikan nombor siri 8 digit terakhir Sim Kad ahli pengguna baru anda. Ia bermula dengan 850XXXXX.
* SIM PUK : Isikan nombor PUK  Sim Kad ahli pengguna baru anda.
(Kedua nombor SIM dan PUK ini terdapat di belakang Sim Kad seperti tertera S/N dan PUK)
* Mobile Number (For Mobile Number Port In): Jika anda ingin mengekalkan nombor lama (sedia ada) ke Sim Kad Tone Plus, sila isikan nombor talian lama tersebut. Jika tidak mahu kekalkan nombor lama, sila tinggalkan ruangan ini.
* Current Service Provider: Maklumat pembekal perkhidmatan talian nombor lama (sedia ada) yang ingin dikekalkan. Jika tidak mahu kekalkan nombor lama, sila tinggalkan ruangan ini.
Di ruangan ‘Referral Information’:
* Referral Member ID : Isikan nombor keahlian Penaja (Upline) kepada ahli baru ini. Jika anda adalah Penajanya, sila masukkan nombor keahlian anda. Setelah itu pastikan nama Penaja tersebut adalah betul dengan menekan kotak ‘Check’.

Di ruangan ‘Beneficiary Information’:
Ruangan ini adalah untuk maklumat waris ahli baru tersebut. Ia boleh ditinggalkan dan boleh di kemaskini kemudian oleh ahli tersebut sendiri di dalam akaun nya kelak.
* Salutation : Isikan gelaran Mr. Ms, Mrs waris tersebut
* Name: Isikan nama pertama waris pengguna baru.
* Last Name: Isikan nama kedua waris (nama keluarga atau nama ayah)
* Type : Isikan dokumen waris samada MyCard (IC) atau Passport.
* ID: Isikan nombor MyCard atau passpot waris.
Setelah isi nombor tersebut, anda boleh menekan kotak
* Relationship: Isikan hubungan waris dengan ahli samada anak, isteri dan sebagainya.
Di ruangan ‘Bank Account Information’:
Ruangan ini adalah untuk maklumat bank ahli baru tersebut. Ia adalah bagi kemasukkan komisyen bulanan. Ia boleh ditinggalkan dan boleh di kemaskini kemudian oleh ahli tersebut sendiri di dalam akaun nya kelak.
* Bank account number : Isikan nombor akaun bank ahli pengguna baru.
* Bank account name: Isikan penama akaun bank tersebut.
* Bank name: Isikan nama bank akaun tersebut.
* Branch: Isikan cawangan bank akaun tersebut. Ia boleh ditinggalkan.

8.    Langkah akhir adalah dengan klik kotak di maklumat ‘ I have read, understand and agreed to PDPA, Term Of Service and Disclaimer’ seperti di bawah:

9.    Seterusnya semak semua maklumat di atas dan klik kotak ‘SUBMIT’.


Tunggu sebentar, sistem akan memberikan anda Nombor Ahli Tone Plus pengguna baru tersebut yang bermula dengan TPA XXXXXX dan nombor talian Tone Plus pengguna baru tersebut.
Ucapkan tahniah kepada pengguna baru anda dan berikan maklumat berikut agar mereka boleh LOGIN akaun ahli Tone Plus dan mendaftar pengguna baru mereka. Maklumat yang perlu diberikan adalah:

1. Nombor Ahli Tone Plus : Bermula dengan TPA XXXXXX
2. Nombor Talian Talipon Tone Plus.
2. Username : No IC/Pasport/IC Tentera/IC Polis anda
3. Password : 1234 (sementara, sila tukar kemudian)
Sila ingatkan pengguna baru untuk mengaktifkan talipon Tone Plus serta merta untuk memastikan ianya berfungsi sempurna. Caranya adalah dengan membuat 1 panggilan atau SMS.
Hati-hati.. Talian Tone Plus ini juga akan tamat tempoh jika tidak digunakan dalam masa 2 minggu setelah ia didaftarkan dalam sistem!
PENTING! Komisyen juga tidak dibayar jika talian tidak digunakan!




CARA 2:

Daftar Ahli Tone Plus Cara SMS

Untuk pengetahuan, apabila anda membeli dan menerima Sim Kad melalui laman web ini, anda belum lagi didaftarkan sebagai ahli Tone Plus. Anda boleh mengaktifkan Sim Kad dan mendaftar sebagai ahli dengan 2 cara di bawah.

1. Cara Manual oleh PENAJA seperti Langkah 3  dalam menu Langkah Anda Step By Step atau

2. Cara SMS seperti yang diterangkan di bawah ini.

Cara SMS ini pula adalah sebagai option alternatif yang bertujuan untuk memudahkan pengaktifan Simkad dan pendaftaran keahlian mereka yang tidak cekap atau jarang mempromosi secara online di internet. 

Dengan cara SMS ini, anda hanya perlu beli SimKad di menu PEMBELIAN dan setelah anda menerima Simkad di tangan, maka anda boleh melakukan format di bawah. Apabila telah berjaya didaftarkan oleh pihak ADMIN, anda akan menerima SMS pemberitahuan sebagai pengesahan. 

FORMAT SMS UNTUK AKTIFKAN SIMKAD DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN TONE PLUS


Jika Sim Kad anda telah diaktifkan dan anda telah didaftarkan keahlian dalam program Tone Plus secara manual oleh PENAJA anda,sila jangan gunakan cara SMS ini lagi. Ia akan menyebabkan SMS anda tidak akan diproses. Sila semak dengan penaja anda jika mereka telah mengaktifkan simkad dan mendaftarkan anda secara manual.

Seterusnya, Sim Kad Tone Plus anda perlu ada di tangan. Jangan gunakan sim kad baru untuk menghantar SMS kerana ia belum di aktifkan lagi. Sila gunakan handphone lain untuk melakukan proses di bawah ini. Sila SMS mengikut salah satu format pilihan anda seperti di bawah ke nombor SERVER: 010-800 9636.


Format 1 : Format penuh cara SMS untuk mengaktifkan sim kad, mendaftar keahlian, mengekalkan nombor lama dan merekodkan akaun bank adalah seperti berikut:

Sila taip TPD jarak taip NO S/N SIM KAD 8 TERAKIHIR jarak taip PUK jarak taip NO PUK jarak taip NAMA PENUH jarak taip NO. IC atau NO PASSPORT jarak taip ALAMAT jarak taip POSKOD jarak taip arak taip LINE LAMA jarak NO LAMA jarak taip BANK ANDA jarak taip NO AKAUN BANK jarak taip IDP jarak taip TPA ID PENAJA

Atau ringkasnya seperti berikut:

TPD  <NoSimKad8Terakhir> PUK <NoPUK> <NamaPenuh> <NoIC/Passport> <Alamat> <Poskod> <LineLama> <NoLama> <Bank> <NoAkaun> IDP <TPAIDPenaja>

Contoh SMS: TPD 85000148 PUK 32457658 Ali Bin Mamat 651921085518 No 2, Jalan Pahang, Kg Limau 56000 maxis 0122655383 CIMB 125823681938 IDP TPA000006


Format 2 : Untuk aktifkan sim kad, mendaftar keahlian dan merekod akaun bank sahaja, maka tinggalkan arahan pengekalan nombor lama. Format SMS adalah seperti berikut:


TPD <NoSimKad8Terakhir> PUK <NoPUK> <NamaPenuh> <NoIC/Passport> <Alamat> <Poskod> <Bank> <NoAkaun> IDP <TPAIDPenaja>

Contoh SMS:  TPD 85000148 PUK 32457658 Ali Bin Mamat 651921085518 No 2, Jalan Pahang, Kg Limau 56000 CIMB 125823681938 IDP TPA000006


Format 3 : Untuk aktifkan sim kad, mendaftar keahlian dan mengekalkan nombor lama sahaja, maka tinggalkan arahan rekod bank. Format SMS adalah seperti berikut:


TPD <NoSimKad8Terakhir> PUK <NoPUK> <NamaPenuh> <NoIC/Passport> <Alamat> <Poskod> <LineLama> <NoLama> IDP <TPAIDPenaja>

Contoh SMS: TPD 85000148 PUK 32457658 Ali Bin Mamat 85000148 651921085518 No 2, Jalan Pahang, Kg Limau 56000 maxis 0122655383 IDP TPA000006


Format 4 : Untuk mengaktifkan sim kad dan mendaftar keahlian sahaja, maka tinggalkan arahan pengekalan nombor lama dan rekod bank. Format SMS adalah seperti berikut:


TPD <NoSimKad8Terakhir> PUK <NoPUK> <NamaPenuh> <NoIC/Passport> <Alamat> <Poskod> <NoPilihan1> <NoPilihan2> <NoPilihan3> IDP <TPAIDPenaja>

Contoh SMS: TPD 85000148 PUK 32457658 Ali Bin Mamat 651921085518 No 2, Jalan Pahang, Kg Limau 56000 IDP TPA000006


** Untuk pendaftaran keahlian dan pengaktifan, sila pilih salah satu dari Format 1 hingga 4 diatas dan SMS perlu dihantar ke nombor 010-800 9636.


Format 5 : Setelah anda mengaktifkan sim kad dan mendaftar keahlian dengan cara 2 atau 4 diatas, anda ingin mengekalkan nombor lama pula, maka format SMS adalah seperti berikut.


MNP <NoSimKad8Terakhir> PUK <NoPUK> <NamaPenuh> <NoIC/Passport> <Alamat> <Poskod> <LineLama> <NoLama> 

Contoh SMS: MNP 85000148 PUK 32457658 Ali Bin Mamat 651921085518 No 2, Jalan Pahang, Kg Limau 56000 Maxis 012778778



                  PENERANGAN ANDA SEBAGAI PENGGUNA BARU


a) TPD: Kod arahan Aktif/Daftar serentak.

b) NamaPenuh: Nama penuh anda sebagai pengguna baru sim kad.

c) NoSimKad8Terakhir: Dibelakang setiap Sim Kad terdapat No S/N (16 Digit). Sila ambil 8 nombor yang terakhir. Jangan silap memberikan nombor ini. Selalunya 8 nombor terakhir itu bermula 85XXXXXX. Jika anda tersilap, anda perlu menggantikannya dengan satu sim kad baru bernilai RM80. JANGAN SILAP NOMBOR INI, JANGAN SILAP NOMBOR INI. Sebab itu, Sim Kad perlu ada ditangan!

d) No PUK : Angka 8 Digit yang tertera dibelakang Sim Kad.

e) NoIC/Pasport: Masukkan No IC atau passport anda.

f) Alamat: Taipkan alamat sehingga poskod sahaja, tidak perlu Bandar dan Negeri.

g) LineLama: Jika anda ingin mengekalkan nombor lama, sila sertakan Line talian lama yang anda sedang gunakan, contohnya CELCOM, DIGI, MAXIS, XOX, REDTONE, YTLComms dan MTrade.

h) NoLama: Taipkan nombor lama yang ingin anda kekalkan.

i) Bank: Nama Bank dimana akaun anda berada untuk menerima komisen bulanan. Contohnya MBB, CIMB, PBB, BankRakyat dan sebagainya.

j) NoAkaun: Nombor akaun anda di bank tersebut di (i).

k) IDP: adalah nombor ahli atau ID Penaja anda. Pastikan anda taip IDP dahulu dan selepas itu masukkan ID penaja anda. ID Penaja selalu bermula dengan TPA dan 6 Digit. Contohnya TPA000006. PENTING: Jangan sesekali tersilap memasukkan ID Penaja ini, kerana jika tersilap maka ia akan masuk di bawah penajaan orang lain. Kesilapan menaip nombor ID Penaja tidak boleh diubah lagi.  INGAT! JANGAN SILAP ID PENAJA ANDA!!!

Ingat ID Penaja Anda: IDP TPA000006 adalah nombor keahlian kepunyaan Kamaruzaman Zainal (KZ). Jika penaja anda adalah orang lain, sila masukkan ID dia yang betul.


PERINGATAN


1.0 Pendaftaran Cara Manual: Jika Sim Kad anda telah diaktifkan dan anda telah didaftarkan keahlian secara manual oleh sesiapa pun, sila jangan gunakan cara sms ini lagi. Ia akan menyebabkan sms anda tidak akan diproses.

2.0 Kejayaan Pendaftaran: Selepas anda SMS ke nombor 010-800 9636, sila tunggu lebih kurang 1 jam sehingga anda menerima SMS kejayaan pendaftaran. Setelah itu, anda boleh menggunakan Sim Kad Tone Plus tersebut.

3.0 Gunakan Sim Kad: Sila gunakan sim kad Tone Plus secepat mungkin dengan membuat 1 panggilan atau 1 sms untuk mengaktifkan Sim Kad tersebut dan memastikan nombornya serta taliannya tiada sebarang masalah. Jika anda tidak menggunakan Sim Kad tersebut dalam masa 14 hari, ia akan terbatal (expired) dengan sendirinya.

4.0 Akaun Keahlian Rasmi Tone Plus: Selepas pendaftaran berjaya, anda akan mempunyai akaun ahli di laman web rasmi syarikat Tone Plus di www.toneplus.my . Di situ, anda boleh melihat maklumat anda, maklumat downline, jumlah komisen dan macam-macam lagi.

Untuk masuk ke pejabat akaun keahlian anda, sila ‘user login’ di di www.toneplus.my

Username : No IC atau Passport anda. 

Password : 1234 (ini adalah password sementara, anda boleh mengubahnya kemudian)

*** Maklumat Bank : Terlalu ramai yang menyertai program ini terlupa untuk memasukkan maklumat bank ke dalam akaun keahlian Tone Plus. Ini menyebabkan mereka tidak menerima komisyen/bonus. Sila pastikan  maklumat bank anda di dalam akaun keahlian rasmi anda adalah betul atau kemasikinikan sendiri dengan klik "Member Care" dan Klik menu "My Profile" dan terus isikan maklumat bank anda di "Bank Account Information".

5.0 Borang Keahlian : Borang keahlian tidak perlu dihantar. Pihak ADMIN akan membantu mengisikan borang dan menghantarnya ke Ibu Pejabat Tone Plus. Segala maklumat adalah berdasarkan maklumat SMS yang diterima.

6.0 Pengekalan Nombor Lama (Mobile Port In) : Proses ‘Port In’ ini berlaku antara 24 hingga 48 jam. Jika selepas 48 jam, pengekalan nombor lama tidak berlaku, bermakna permohonan anda telah ditolak oleh pihak pembekal rangkaian talian anda yang lama. Banyak sebab keadaan ini berlaku, sebab paling biasa adalah nombor lama anda bukan didaftarkan dengan no IC/passport yang sama.

Beberapa perkara yang perlu diketahui tentang pengekalan nombor lama adalah:

    6.1 Pastikan kredit telah habis dahulu di nombor yang ingin dikekalkan. Tinggalkan lebih kurang RM1.00. Ini kerana setelah proses pengekalan selesai, semua kredit di nombor lama yang ingin dikekalkan akan hilang!.

    6.2 Sekiranya menggunakan talian CELCOM dan aktif menggunakan online banking seperti Maybank2U, CIMB Clicks dll, adalah dicadangkan jangan buat proses pengekalan nombor ini kerana setakat ini nombor Port In CELCOM masih belum menerima nombor TAC.

    6.3 Bagi nombor Port In lain, sekiranya anda tidak menerima nombor TAC dari ebanking seperti Maybank2U, CIMB Clicks dll, adalah dicadangkan melakukan perkara seperti berikut – Pergi ke mesin ATM berdekatan, tukarkan no phone penerima TAC tadi kepada nombor lain, kemudian keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan sekali lagi no phone TAC kepada nombor asal. Ia seperti aktiviti reset sahaja. Teknik ini boleh digunakan untuk semua talian kecuali CELCOM sahaja.


Bagaimana check baki dari HandPhone dan lain-lain fungsi?

Untuk Top Up adalah *122*<16 Digit># dan Call
Untuk Check Baki *133# dan call
Untuk kongsi kredit *111# dan pilih no 3 (kredit) *Untuk pengguna yang sama talian sahaja.


HENTIKAN CAJ VOICEMAIL

Tuan/Puan dikenakan caj sebanyak 
0.10 sen atau 0.08 sen untuk setiap 
kali call yang tidak dijawab dan 
disambut oleh sistem voicemail.
Telco membuat keuntungan berjuta 
dari servis ini.
Untuk deactivate servis ini,
Sila dial : 

Celcom- ##002# 
tune talk- ##002#
Digi- *128*1*8#
Maxis- ##109#
TEKAN “CALL”